Ismail Haniyah:
Tuntutan bangsa kita adalah jelas dan tidak kabur dan tidak samar-samar. Kami inginkan blokade terhadap Gaza dibuka. Kami telah 8 tahun hidup dalam keadaan yang sangat menyeksakan tetapi dunia diam dan sepi.
Hari ini perlu dunia tahu kami akan membebaskan sendiri tanah ini daripada segala sekatan dan segala tuntutan kami. Kami tidak akan kembali ke belakang dan tidak akan kembali mati dengan cara yang lambat.
Telah tiba masanya kepungan (blokade) ini perlu berakhir, dan rakyat Gaza dapat hidup dengan mulia dan normal seperti bangsa lain. Hidup mampu berdikari tanpa segala sekatan, mempunyai kedaulatan nya yang sendiri.
Tuntutan kami adalah relevan dan boleh diterima akal kerana ia adalah hak kami.
(Aman Palestin)
sumber : http://ift.tt/Wzubkh
No comments:
Post a Comment